Tuesday, January 27, 2009

Lawatan Pokok Gaharu Di Hutan Pahang







Pada pertengahan bulan january 2009, anggota Task Force GSD kami telah mendapat arahan untuk memeriksa berita tentang wujudnya beberapa batang pokok gaharu liar telah dijumpai di dalam hutan di kawasan Pahang tengah.

Anggota yang sedang dalam latihan ini, telah pergi melawat kawasan tersebut dengan menaiki 3 buah Four Wheelers dengan kekuatan anggota seramai 11 orang.

Hasil pemeriksaan dan tempat sebenar kawasan terbabit, tidak dapat di tulis disini, kerana ia masih terkandung dalam senarai rahsia besar Task Force GSD ini.

Bagaimana pun, wajah-wajah ceria jelas kelihatan sekembali mereka ke Kampung kami setelah berjaya menghabiskan lauk pauk restoran persinggahan tengahari mereka.

Antara perbualan radio Four Wheeler antara mereka yang dapat di rakam sewaktu cruising pada kelajuan 90km/jam:

'Unta merah calling unta kuning..click..brrrrrr'
'roger unta kuning disini, jalankan berita over,...click brrrrrr'
'unta kuning, adakah driver unta kuning masih lelap ...over..click..brrrrr'
'unta kuning sini brrr..akan diperiksa overrrrrrrrzzzzzzzzzzzzzzzzzz..kroh...kroh..kroh...'

Pengetahuan Am: Antara kehebatan orang kampung seri damai ialah mereka berupaya memasak, memandu motor, mencangkul dan membawa kereta semasa tidur..'

So, berhati-hatilah bila berhadapan dengan orang kampung seri damai. bye

Memasak Bubur Assyura @ Seri Damai


















Assalamualaikum.


Tanggal 25-01-09.Bertempat di rumah ketua wanita cawangan damai setia, penduduk kampung kami telah mengadakan majlis memasak bubur assyura.Dalam majlis tersebut cawangan damai setia mengundang cawangan-cawangan UMNO yang bernaung di bawah dun pulau manis.Majlis bermula pada jam 7.00 am.

Dalam majlis itu cawangan damai setia menyediakan 7 kawah bubur assyura untuk di agih-agihkan kepada penduduk setempat dan golongan yang daif sambil merapatkan silaturahim sesama kita.


Dalam majlis tersebut YB Cikgu Khairudin, Dato Ishak serta orang-orang besar UMNO bahagian Pekan ,telah meluangkan masa untuk turut serta dalam majlis tersebut.Ketika majlis berlangsung isteri kepada Dato ishak megesyorkan cawangan damai setia mengadakan majlis bubur assyura di adakan setiap tahun.


Bagi orang ramai yang berpeluang menikmati dan merasai kelazatan bubur assyura kampung seri damai pastu setuju dengan....


'Bubur Assyura Seri Damai Is The Best In The World, Wa Cakap Lu...'

Monday, January 19, 2009

Seminar Gaharu @ Agarwood Di Kg Seri Damai

Salam bahagia

Pada 18/1/09 bertempat di dewan RTK kg Seri Damai,Kami penduduk Kg Seri Damai
telah menganjurkan ‘Seminar Potensi & Penanaman Gaharu. Pihak kami sangat bersyukur kerana 2 orang pakar utaman gaharu di negara ini telah sudi untuk menghadirkan diri iaitu, Dato Dahlan bin Haji Taha (mantan timbalan ketua pengarah perhutanan Malaysia) dan disertai oleh Tuan Gafar b Abd Rahman,Pengarah eksekutif Sykt Ladang Kelantan Sdn Bhd. Mereka dengan secara terpincinya telah memberi penerangan tentang Gaharu sebagai sumber ekonomi baru dan cara-cara mengusahakan serta memproses komoditi tersebut .Seramai 70 peserta telah mengikuti seminar yang diadakan,

Para peserta telah meluahkan rasa amat sangat puas hati mereka dengan penerangan yang diberikan tentang cara-cara mengusahakan tanaman gaharu.

Allhamdullah,syukur ke hadrat Allah subhanahu wata ala kerana semua nya
berjalan dengan lancar. Setelah ceramah selesai Dato Dahlan dan Tuan Gafar telah dibawa melawat tapak tanaman Gaharu yana telah diusahakan oleh peserta.
Setelah melawat tapak tanaman gaharu yang di usahakan oleh peserta, Dato Dahlan
dan Tuan Ghafar sangat genbira dan berpuas hati dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh para peserta khususnya dan para penduduk Kampung Seri Damai amnya.

Pihak kami sangat berterima kasih kepada Dato dan tuan Ghafar kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan tentang perusahaan tanaman gaharu di kampung kami. Kami berikrar akan menggunakan sem yang telah ditimba sepanjang seminar, dalamua ilmu dan pengetahuan usaha kami memperbaiki ekonomi dan kehidupan kami.

Terima Kasih seikhlasnya dari kami.

Wednesday, January 14, 2009

Seminar@ Kg Seri Damai: Gaharu



Salam untuk semua pengunjung.

Berita terbaik awal tahun 2009 ini: Atas daya usaha sebilangan penduduk yang perihatin tentang permasalahan ekonomi di kampung ini, satu seminar utama tentang ' Potensi Dan Penanaman Gaharu' akan diadakan di Kampung kami pada 18/1/2009 ini, InsyaAllah>

Seminar ini adalah dengan kerjasama dengan Syarikat Ladang Kelantan Sdn Bhd, yang telah tersohor sebagai Jururunding dan pembekal untuk projek ladang-ladang Gaharu di Kelantan, Pahang, Trengganu dan Selangor.

Kami menjemput para pembaca untuk turut hadir pada hari tersebut.

Sila hubungi En. Amali (019-9471685) atau En. Nadzmi (019-9871250). Tempat adalah terhad.

Dijemput hadir

Tuesday, January 6, 2009

Banjir @ Kg Seri Damai







Assalamualaikum.

Jumaat 3hb januari 2009: Banjir melanda lagi. Kg Seri Damai tidak terkecuali, walaupun tidak seteruk kawasan-kawasan lain di Pantai Timur. Beberapa tempat rendah telah mula ditenggelami air, seawal pagi Jumaat, 2hb Januari 2009.

Bagaimanapun, kita bersyukur kerana mempunyai ahli-ahli masyarakat termasuk ketua-ketua masyarakat yang sangat perihatin akan nasib penduduk setempat. YB DUN Pulau Manis tidak terkecuali.

Maka, apabila petanda awal banjir telah dikesan, maka pergerakan awal bantuan banjir telah dimulakan dengan diketuai oleh YB (cikgu) Khairudin sendiri, yang telah turun padang melawat tempat berisiko tinggi serta keluarga yang terbabit, pada petang Jumaat 2hb januari 2009.

Disamping itu, pada belah petangnya, YB dan rombongan telah meluangkan masa untuk berbincang dengan penduduk kampung tentang segala isu yang diutarakan, termasuk bantuan persekolahan untuk anak-anak, yang akan mula belajar semula pada 5/1/2009.

Kita ucapkan sekali lagi, jutaan terima kasih kepada pihak yang terbabit memberikan bantuan awal dan kepada YB Khairudin, kami amayt berbangga dan beruntung memperoleh seorang YB yang amat perihatin.

Monday, December 22, 2008

Salam Sejahtera






Salam sejahtera & Assalamualaikum.

Pengenalan: Kg Seri Damai terletak hampir 17 KM dari Bandar Kuantan.(Longitude: 3°45'12.76"N)(Latitude:103°13'30.60"E)(refer Map) merupakan kampung tradisi unik yang terletak di dalam pentadbiran PBT Majlis Perbandaran Kuantan. Ia juga merupakan sebuah kampung yang kaya dengan hasil buah-buahan, antaranya durian, rambutan dokong, langsat dsb. Oleh itu, musim buah-buahan adalah sangat dirasai di sini.

Aktiviti: Sebagai pengenalan, beberapa aktiviti harian akan kami cuba paparkan disini.