Pada 18/1/09 bertempat di dewan RTK kg Seri Damai,Kami penduduk Kg Seri Damai
telah menganjurkan ‘Seminar Potensi & Penanaman Gaharu. Pihak kami sangat bersyukur kerana 2 orang pakar utaman gaharu di negara ini telah sudi untuk menghadirkan diri iaitu, Dato Dahlan bin Haji Taha (mantan timbalan
ketua pengarah perhutanan
Allhamdullah,syukur ke hadrat Allah subhanahu wata ala kerana semua nya
berjalan dengan lancar. Setelah ceramah selesai Dato Dahlan dan Tuan Gafar telah dibawa melawat tapak tanaman Gaharu yana telah diusahakan oleh peserta.
Setelah melawat tapak tanaman gaharu yang di usahakan oleh peserta, Dato Dahlan
dan Tuan Ghafar sangat genbira dan berpuas hati dengan semangat yang telah ditunjukkan oleh para peserta khususnya dan para penduduk Kampung Seri Damai amnya.
Pihak kami sangat berterima kasih kepada Dato dan tuan Ghafar kerana sudi meluangkan masa memberi penerangan tentang perusahaan tanaman gaharu di kampung kami. Kami berikrar akan menggunakan sem yang telah ditimba sepanjang seminar, dalamua ilmu dan pengetahuan usaha kami memperbaiki ekonomi dan kehidupan kami.
No comments:
Post a Comment