





Assalamualaikum.
Jumaat 3hb januari 2009: Banjir melanda lagi. Kg Seri Damai tidak terkecuali, walaupun tidak seteruk kawasan-kawasan lain di Pantai Timur. Beberapa tempat rendah telah mula ditenggelami air, seawal pagi Jumaat, 2hb Januari 2009.
Bagaimanapun, kita bersyukur kerana mempunyai ahli-ahli masyarakat termasuk ketua-ketua masyarakat yang sangat perihatin akan nasib penduduk setempat. YB DUN Pulau Manis tidak terkecuali.
Maka, apabila petanda awal banjir telah dikesan, maka pergerakan awal bantuan banjir telah dimulakan dengan diketuai oleh YB (cikgu) Khairudin sendiri, yang telah turun padang melawat tempat berisiko tinggi serta keluarga yang terbabit, pada petang Jumaat 2hb januari 2009.
Disamping itu, pada belah petangnya, YB dan rombongan telah meluangkan masa untuk berbincang dengan penduduk kampung tentang segala isu yang diutarakan, termasuk bantuan persekolahan untuk anak-anak, yang akan mula belajar semula pada 5/1/2009.
Kita ucapkan sekali lagi, jutaan terima kasih kepada pihak yang terbabit memberikan bantuan awal dan kepada YB Khairudin, kami amayt berbangga dan beruntung memperoleh seorang YB yang amat perihatin.
No comments:
Post a Comment