Pada pertengahan bulan january 2009, anggota Task Force GSD kami telah mendapat arahan untuk memeriksa berita tentang wujudnya beberapa batang pokok gaharu liar telah dijumpai di dalam hutan di kawasan Pahang tengah.
Anggota yang sedang dalam latihan ini, telah pergi melawat kawasan tersebut dengan menaiki 3 buah Four Wheelers dengan kekuatan anggota seramai 11 orang.
Hasil pemeriksaan dan tempat sebenar kawasan terbabit, tidak dapat di tulis disini, kerana ia masih terkandung dalam senarai rahsia besar Task Force GSD ini.
Bagaimana pun, wajah-wajah ceria jelas kelihatan sekembali mereka ke Kampung kami setelah berjaya menghabiskan lauk pauk restoran persinggahan tengahari mereka.
Antara perbualan radio Four Wheeler antara mereka yang dapat di rakam sewaktu cruising pada kelajuan 90km/jam:
'Unta merah calling unta kuning..click..brrrrrr'
'roger unta kuning disini, jalankan berita over,...click brrrrrr'
'unta kuning, adakah driver unta kuning masih lelap ...over..click..brrrrr'
'unta kuning sini brrr..akan diperiksa overrrrrrrrzzzzzzzzzzzzzzzzzz..kroh...kroh..kroh...'
Pengetahuan Am: Antara kehebatan orang kampung seri damai ialah mereka berupaya memasak, memandu motor, mencangkul dan membawa kereta semasa tidur..'
So, berhati-hatilah bila berhadapan dengan orang kampung seri damai. bye
No comments:
Post a Comment